LOKASI KAMI
Cara ke Sosodikon Hill
Ambil laluan utama yang menuju ke Desa Dairy Farm. Jalan ini merupakan antara laluan paling popular di Kundasang dan mudah dikenalpasti oleh pengunjung.
Sebelum tiba di Desa Dairy Farm, perhatikan papan tanda ke Dream World Resort di sebelah kanan jalan. Masuk ke simpang tersebut (Jalan Dream World) dan teruskan pemanduan mengikut jalan yang tersedia.
Selepas melalui kawasan Dream World, teruskan sedikit perjalanan sehingga anda menemui laluan kecil yang menurun ke bukit. Ikuti laluan ini sehingga ke kawasan bawah.
Di sebelah kaunter tiket Sosodikon Hill, tersedia ruang parkir khas untuk pengunjung. Lokasinya berdekatan dan sangat mudah diakses – Tidak perlu risau tentang tempat letak kereta.

- Kami menggalakkan anda menggunakan aplikasi "google maps" berbanding aplikasi "waze".
- Pastikan anda mempunyai sambungan internet yang baik semasa mengemudi aplikasi.