ABOUT US

Kampung pelancongan Sosodikon Hill Kundasang terletak di Kg Sarayo Kauluan Ranau, berhampiran dengan Desa Dairy Farm. Tarikan utama disini ialah aktiviti hiking Sosodikon Hill yang mana ia merupakan bukit yang santai, jimat masa untuk sampai ke puncak namun apabila berada di puncaknya anda boleh menikmati pemandangan Kundasang yang tersergam indah.

Merupakan singkatan untuk Koperasi Sosodikon Ranau Berhad yang mana pengurusan aktiviti ekonomi pelancongan di sini diuruskan dibawah KO-SODIK.

AKTIVITI

MENDAKI SOSODIKON HILL KUNDASANG

Nikmati pemandangan Kundasang yang tersergam indah di puncak Sosodikon Hill melalui trek pendakian mudah dan santai dengan perjalanan hanya mengambil masa 10 hingga 15 minit untuk sampai ke puncak.

CAMPING & GLAMPING

Kami menyediakan tapak perkhemahan di kawasan berdekatan dengan Sosodikon Hill Kundasang. Tapak ini masih baru dibuka kepada pengunjung.

SOSODIKON SUNFLOWER FARM

Projek agroutourism kebun bunga matahari yang ditanam di sini menawarkan panorama indah dan pengalaman baru menikmati pemandangan luar biasa ladang yang dihiasi dengan lebih 2000 pokok bunga matahari. Kebun bunga matahari di Sosodikon Hill telah menjadi salah satu daya tarikan baru dan menarik perhatian pengunjung untuk bergambar. Namun ladang bunga matahari pada ketika ini masih sedang dalam fasa penanaman dan dijangka akan berbunga pada bulan Oktober, November dan December tahun ini.

Waktu beroperasi : 8 pagi – 5 pm (Setiap Hari)

Bayaran tiket: 

  • Dewasa – RM 5
  • Kanak kanak (7 Tahun – 12 Tahun) – RM 3
  • Kanak kanak (6 Tahun kebawah) – Percuma

KIOSK SOSODIKON

SOSODIKON 4X4 RIDE EXPERIENCE

Kami menawarkan pengalaman baru dan unik kepada anda menaiki kenderaan 4×4 sebagai co driver. Terdapat 7 kenderaan 4×4 beserta pemandu berpengalaman akan membawa anda keliling kawasan kampung menggunakan kenderaan pacuan 4 roda. Anda bakal merasai sendiri trek 4×4 .(Akan dibuka)

ATV BORNEO ADVENTURE

ATV Borneo adventure menawarkan pengalaman mengendara ATV ke Sosodikon Hill Kundasang sekali dengan pakej Hiking Sosodikon Hill. Layari untuk info dan tempahan: https://www.atvborneoadventure.com/

JUNGLE TREKKING

Nikmati pemandangan alam semulajadi dalam perjalanan ke sungai Mesilau dengan jarak 1 KM dari starting point. Penduduk tempatan memanggil tempat ini sebagai Wulu dimana anda boleh melihat sendiri pertembungan antara dua sungai iaitu sungai Mesilau 1 dan Mesilau 2. Antara aktiviti lain yang boleh dilakukan di Wulu ialah berkelah sambil mandi manda di sungai Mesilau. 

Yuran : Tidak ada bayaran dikenakan untuk aktiviti jungle trekking ke Wulu Sungai Mesilau kecuali untuk berkhemah bayaran RM35 untuk satu kepala dikenakan.

Whatsapp kami

follow us :

GALERI KAMI