Landing page Hiking Sosodikon Hill

FAQ SOSODIKON HILL KUNDASANG

SOSODIKON HILL

THE MAGNIFICIENT VIEW OF KUNDASANG

Bayaran untuk mendaki ?

Yuran masuk dikenakan adalah seperti berikut:

Warganegara

  • Dewasa 13 tahun dan ke atas : RM5
  • Kanak kanak 7-12 tahun : RM3
  • 6 tahun dan ke bawah : Percuma

Antarabangsa

  • Dewasa 13 tahun dan ke atas : RM10
  • Kanak kanak 7-12 tahun : RM5
  • 6 tahun dan ke bawah : Percuma

Perlu buat tempahan untuk mendaki ?

Untuk mendaki Sosodikon Hill tidak perlu booking. Anda boleh terus mendaftar “walk in” di kaunter pendaftaran kami semasa kami buka. Anda diwajibkan untuk mendaftar sebelum memulakan aktiviti pendakian.

Masa beroperasi?

Kami buka kaunter pendaftaran setiap hari bermula seawal pukul 6 pagi sehingga pukul 5 petang. Pintu masuk akan ditutup pada pukul 5 petang.

Berapa lama masa untuk sampi ke puncak?

10 hingga 15 minit bergantung kelajuan perjalanan anda.

Jarak ke puncak?

Jarak daripada pintu masuk ke puncak ialah anggaran 400 meter.

Berapakah ketinggian Sosodikon Hill Kundasang?

Ketinggian Puncak Sosodikon Hill Kundasang dianggarkan 1465 meter daripada paras laut.

Bila masa yang sesuai untuk mendaki Sosodikon Hill?

Bila bila masa yang kami beroperasi sebenarnya sesuai bergantung kepada cuaca. Kebiasaannya pagi agak kurang panas sekitar jam 6 hingga jam 9 pagi. Sekiranya anda ingin mendaki sewaktu kurang orang di Sosodikon Hill elakkan mendaki pada masa sibuk iaitu pagi dan petang.

Bila masa yang sesuai boleh nampak Gunung Kinabalu?

Bergantung sepenuhnya pada cuaca. Biasanya awal pagi jika cuaca baik dan cerah, anda berpeluang melihat Gunung Kinabalu. Kami sarankan anda melihat keadaan cuaca di penginapan masing masing. Sekiranya cerah, boleh bergegas datang ke Sosodikon Hill.

Bolehkah mendaki untuk melihat sunrise?

Kebiasaannya kami buka pada pukul 6 pagi setiap hari, namun sekiranya anda berminat untuk mendaki sunrise anda diwajibkan membuat tempahan paling lewat 3 hari sebelum tarikh sunrise supaya kami dapat memaklumkan team untuk buka kaunter lebih awal.

Tekan link untuk info lanjut Sunrise Sosodikon Hill Kundasang. 

https://www.sosodikon.com/sunrisesosodikon/

Sijil disediakan?

Sijil mendaki disediakan dan boleh dituntut di kaunter pendaftaran Sosodikon Hill selepas turun dari bukit. 

Caj sijil ialah: 

  • Bercetak : RM8
  • PDF ke email: RM3

Nota penting:

  • Sekiranya anda tidak menerima sijil email ataupun ada masalah berkenaan sijil boleh whatsapp : 017 8956192 – Admin pejabat
  • Kami menerima pembelian sijil secara online seandainya anda terlupa semasa mendaki dengan syarat menunjukkan bukti gambar mendaki kepada kami.

 
Cara pembayaran?

Boleh buat pembayaran secara cash ataupun online melalui QR Pay dan transfer. Pembayaran melalui debit card belum tersedia.

Berapakah had umur yang boleh mendaki?

Kami tidak menetapkan had umur pendaki. Semua lapisan umur boleh dan dibenarkan mendaki. Risiko atas tanggungjawab sendiri.

Boleh bawa binatang peliharaan?

Tidak dibenarkan.

Penginapan bedekatan?

Penginapan berdekatan milik persendirian:

  • Sosodikon inap desa (011311643395) -Encik Ujair
  • SD Home (019-3689458) – Encik Sunilin
  •  Dream World Resort Kundasang (088 888333)

Adakah aktiviti lain selain hiking?

Antara aktiviti lain berdekatan kawasan Sosodikon Hill Kundasang.

  1. Camping & glamping
  2. Agro pelancongan – Sunflower
  3. ATV adventure – Ride to Sosodikon Hill
  4. 4X4 experiences (Akan dibuka)
  5. Jungle trekking ke Sungai Mesilau.
  6. Cafe.

Jalan masuk dan keluar?

Jalan masuk melalui simpang Dreamworld Resort bersebelahan simpang Desa Dairy Farm dan keluar boleh melalui lain iaitu jalan bawah.

Jalan masuk dan keluar ialah jalan yang berbeza (Jalan Sehala).

Lakaran lalaun Sehala masuk dan keluar Sosodikon Hill Kundasang.

Jenis kenderaan boleh masuk?

Kenderaan boleh masuk ke Sosodikon Hill:

  1. Kenderaan kecil “standard” boleh masuk. Kenderaan diubahsuai “lowered” tidak digalakkan masuk.
  2. Semua jenis van boleh masuk. Van diubahsuai “lowered” tidak digalakkan masuk.
  3. Bas besar tidak boleh masuk.

Lokasi Sosodikon Hill Kundasang?

Tekan untuk lokasi Google

Adakah parking disediakan?

Kami menyediakan parking kenderaan berdekatan kaunter pendaftaran Sosodikon Hill Kundasang. Parking adalah percuma kepada pengunjung Sosodikon Hill Kundasang.

Pakaian sesuai?

Semua jenis pakaian dibenarkan mengikut keselesaan anda. Anda sangat digalakkan untuk memakai kasut. Namun pemakaian selipar atau sandal juga masih dibenarkan. Keselamatan atas tanggungjawab sendiri.

Adakah dibenarkan naik semasa hujan?

Kami tidak menggalakkan anda mendaki semasa hujan, namun sekiranya anda mahu naik juga, kami tidak ada halangan. Boleh sediakan payung sendiri atau boleh sewa payung dan baju hujan di kauter kami. Risiko dan keselamatan atas tanggungjawab sendiri.

Adakah perkhidmatan ATV?

Kami “join venture ” dengan Borneo ATV yang mana anda boleh mengendara ATV daripada “base camp” ke Sosodikon Hill Kundasang sekali dengan pakej Hiking  ke Sosodikon Hill. Anda boleh melayari laman web https://www.atvborneoadventure.com/ untuk tempahan dan maklumat lanjut.

Ada gambar Sosodikon Hill ?

Boleh tekan link untuk melihat gambar di “goole image”

GOOGLE IMAGE SOSODIKON HILL KUNDASANG

6
4
1
7
5
3


Lokasi kami


Copyright © [hfe_current_year] [hfe_site_title] | Powered by Hafiz Hamra